بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Kami merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.




Kami merupakan mahasiswa dan mahasiswi yang bertanggungjawab dalam mengendalikan blog Petani Muda.
Tujuan blog Petani Muda adalah untuk memberi serba sedikit perkongsian dalam aktiviti pengurusan ladang. Hal ini kerana, kami perlu menyelesaikan kursus yang ditawarkan kepada kami iaitu, SPPL1212 (Pembiakan dan Pengurusan Tanaman) bagu membolehkan kami menamatkan pengajian.
Kerja seorang guru tidak ubah seperti kerja seorang petani yang sentiasa membuang duri serta mencabut rumput yang tumbuh di celah-celah tanamannya. -Abu Hamid Al Ghazali
