Pada minggu ini kami sekelas telah menjalankan aktiviti penuaian hasil tanaman sayuran sawi dan bayam yang ditanam. Sayuran bayam dan sai yang telah matang dan sihat dicabut dan dikumpulkan di dalam bekas untuk dijual kepada kakitangan UTM. Menuai sayuran merupakan satu aktiviti terpenting pada diperingkat akhir penanaman sayuran diladang.
Penuaian (harvesting) adalah merupakan operasi awal dalam pengendalian aktiviti lepas tuai (Post harvest activity). Kecekapan petani didalam memahami akan kepentingan aktiviti ini sangat penting kerana kualiti sayuran sangat bergantung kepada cara pengendalian yang betul. Pengendalian hasil ladang perlu dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan berlaku kecederaan mekanikal yang mana ini boleh memberi kesan lebam atau pecah pada hasil sayuran. Pengendalian awal yang dilakukan di ladang akan dapat mengurangkan kadar kerosakan sayuran pada peringkat pengendalian yang berikutnya.
Disamping itu, operasi penyediaan pasca tuai sesuai untuk dilakukan di rumah pengumpulan hasil dimana aktiviti penggredan dan pembungkusan dijalankan. Ianya akan dapat mengurangkan kadar kerugian
| PROSES | GAMBAR |
| Penuaian Hasil Daripada Batas | ![]() |
| Pembersihan Sayuran | ![]() |
| Penggredan Sayuran | ![]() |
| Pakaging Sayuran | ![]() |
| Penjualan Sayuran | ![]() |
Batas yang telah dibersihkan juga digembur semula untuk tujuan tanaman benih jagung. Benih jagung direndam terlebih dahulu sebelum ditanam kedalam batas. Penanaman benih jagung dilakukan dengan cara berselang seli. Setiap alur mempunyai 10 biji benih .Sengkupan juga dilakukan bagi memastikan benih tidak menerima air yang berlebihan dan cahaya matahari yang boleh meenyebabkan benih rosak.




