Amali 3: Aktiviti Pembahagian dan Belahan

Pada minggu ini kami telah menjalankan aktiviti pembahagian dan belahan bagi tanaman tertentu seperti

  • Pokok Spider Lily
  • Lidah Mak Mertua
  • Pandan
  • Pokok Melati
  • Pokok Phycus.

Pokok Spider Lily dibuat secara bebawang, Lidah Mak Mertua secara keratan daun, Pandan secara rumpun dan Pokok Phycus dan Pokok Melati bagi cantuman baji.

Penyediaan bahan dan alatan

  • Pasu
  • Tanah
  • Plastik aiskrim
  • Gunting
  • Pisau
  • Laboratory Film

 

Cara tanaman

  • Pokok Spider Lily

2

  1. Memotong bahagian bebawang kepada empat atau enam bahagian
  2. Bebawang dibenamkan sepenuhnya kedalam bahagian tanah yang telah diletakkan di dalam pasu.

 

  • Lidah Mak Mertua

3

  1. Memotong lidah mak mertua secara menegak.
  2. Mencelupkan bahagian bawah lidah mak mertua dengan penjalar akar
  3. Menanamkan belahan yang baru pada pasu yang mempunyai tanah.

 

  • Pandan

4

  1. Pandan di ambil pada bahagian yang asal mempunyai akar yang tebal dank eras.
  2. Daun pandan dibuang sehingga bersih dan mengambil bahagian batang yang keras dan menegak.
  3. Pandan ditanam pada tanah.

 

  • Pokok Phycus dan Melati

5.JPG

  1. Pokok Phycus di ambil bahagian yang menegak dan tidak bengkok dan dipotong serong pada bahagian hujung batang.
  2. Pokok phycus dicantumkan pada pokok melati yang telah dipotong oleh pasangan kumpulan masing-masing.
  3. Membelah dua batang pokok melati 2 hingga 3 centimeter secara tengah dan tidak bengkok.
  4. Bahagian batang yang dipotong serong pada Pokok Phycus dimasukkan ke dalam batang yang dibelah dua pada pokok melati. Dengan menggunakan laboratory film, bahan yang dimasukkan antara satu sama lain dililit sehingga ketat.
  5. Plastik aiskrim disarungkan kedalam pokok yang baru sahaja dibuat cantuman baji dan diikat.

M7: Pembahagian dan Belahan

Capture

  • STOLON

Stolon (modified stem) adalah modifikasi batang yang tumbuh mendatar. Stolon biasanya beruas-ruas. Dari ruas-ruas ini akan muncul tunas-tunas yang dapat menjadi tanaman baru.

 

  • CORMS

Corms (batang diubahsuai) kelihatan seperti bola di luar tetapi  mereka agak berbeza. Mereka mempunyai jenis pelindung yang sama meliputi dan plat basal seperti mentol tidak, tetapi tidak berkembang lapisan. Sebaliknya corm adalah pangkalan sebenar untuk batang bunga dan mempunyai tekstur yang kukuh.  Contoh Corms Crocus, Gladiolus, Begonias Tuberous

 

  • BEBAWANG

Bebawang (batang diubahsuai) berkembang dalam lapisan, sama seperti  bawang merah. Di tengah-tengah bebawang adalah miniatur versi bunga itu sendiri. Contoh tumbuh-tumbuhan bebawang Tulip, Daffodils, Lilies, Narcissus, Amaryllis, Begonias

 

  • UMBISI

Perkara yang paling mudah untuk difikirkan apabila kita cuba memahami ubi adalah kentang. Kentang adalah ubi yang saya yakin kita sudah biasa. Ubi mempunyai kulit yang licin dan banyak mata – tiada plat basal. Semua mata itu adalah titik pertumbuhan di mana tumbuh-tumbuhan akan muncul. Contoh ubi kentang, ubi keledek.

 

  • RUMPUN

Cara mudah bagi pembahagian rumpun ialah kita memerlukan pisau tajam untuk membahagikan rumpun menjadi dua atau lebih kepingan untuk pemindahan ke kawasan baru seperti di taman atau belakang rumah. Ini adalah amalan penjagaan yang sihat bagi kebanyakan tanaman kerana beberapa jenis rumpun cenderung mati di tengah dan bahagian memperbaharui tumbuh-tumbuhan untuk pertumbuhan yang lebih baik. Contoh rumpun, pandan.

Amali 2: Percambahan Biji Benih

TARIKH :  08 Oktober 2018
MASA :  9.00 am -12.00 pm
TEMPAT :  Makmal Tisu Kultur, N30 UTM
TAJUK : Keperluan percambahan

 

Keperluan Percambahan

Tujuan : Menentukan keadaan-keadaan yang membolehkan percambahan biji benih.

Hipotesis: Biji benih memerlukan air,udara dan suhu yang sesuai untuk bercambah.

Analisis:

  1. Mengapakah air dalam radas C dididihkan?

Membuang udara yang telah menjadi wap ketika air mendidih

  1. Apakah faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah?

 Tiada udara dan tiada air serta persaingan sementara keperluan yang diberikan sedikit

  1. Apakah kesimpulan yang boleh anda buat mengenai ujikaji ini.

Biji benih akan bercambah jika keperluan bagi semua pesaing mencukupi daripada segi keperluan suhu, oksigen, air dan cahaya. Biji benih bersaing untuk mendapatkan nutrienn secukupnya bagi memastikan percambahan berjaya.

 

Keadaan Yang Diperlukan Bagi Percambahan Biji Benih

Tujuan : Mengkaji keadaan yang diperlukan dalam percambahan biji benih.

Hipotesis: Benih bercambah jika air,udara dan suhu yang sesuai.

Analisis:

Bil Tabung uji Kehadiran ` Pemerhatian percambahan biji benih (bercambah / tidak bercambah)
Air cahaya Udara Suhu yang sesuai
1. A / / / / 3 biji benih bercambah
2. B X / / / 1 biji benih bercambah
3. C / / X / 3 biji benih tak bercambah
4. D / X / X 3 biji benih tak bercambah
5. E / X / / 1 biji bercambah

 

Percambahan epigeal dan hipogeal.

Tujuan : Mengkaji keadaan yang diperlukan dalam percambahan biji benih.

Hipotesis: Benih bercambah jika air,udara dan suhu yang sesuai.

Analisis:

Bil Hari Kacang tanah Jagung
Panjang radikal (akar) Panjang plumul

(pucuk)

Panjang radikal

(cm)

Panjang plumul (cm)
1. 1 0 0 0 0
2. 2 0.3 0.5 0.5 0.4
3. 3 0.5 1.2 1.0 0.8
4. 4 1.0 1.5 1.3 1.5
5. 5 1.5 2.0 1.5 2.0
6. 6 2.0 2.7 2.2 2.5

 

Kesimpulan

Biji benih akan bercambah jika mempunyai keadaan yang sesuai, iaitu mempunyai cahaya, air, udara dan suhu yang sesuai. Keadaan percambah juga memainkan peranan seperti kadar penyiraman dan tempat letaknya biji benih kerana terdapat beberapa set biji benih kami tidak tumbuh.

M5: Percambahan Biji Benih

Biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Dalam biji benih, terdapat embrio yang berkembang. Selain itu, biji benih mengandungi simpanan makanan bagi embrio yang dilitupi oleh lapisan keras yang dipanggil TESTA (kulit biji benih). Bahagian yang berbeza pada biji benih, dan ada fungsi yang tersendiri:

Kulit Biji

  • Testa – melindungi biji benih
  • Hilum – tempat biji benih melekat pada buah
  • Mikropil – bukaan yang membenarkan air dan udara masuk Embrio
  • Plumul – bahagian embrio yang membesar menjadi pucuk
  • Radikel – bahagian embrio yang membesar menjadi akar
  • Kotiledon – menyimpan dan membekalkan makanan untuk biji benih

Biji benih akan bercambah jika mempunyai keadaan yang sesuai, iaitu mempunyai air, udara dan suhu yang sesuai. Boleh tengok video di bawah bagi menguji keadaan tersebut, sama ada diperlukan atau tidak di dalam proses percambahan biji benih.

1

 

Perbezaan diantara pertumbuhan Epigeal dan Hippogeal

Epigeal Hipogeal
Hipokotil tumbuh memanjang yang mengakibatkan kotilidan dan plumula sampai keluar ke permukaan tanah sehingga kotiledon naik ke atas tanah.

 

Pertumbuhan memanjang dari epikotil sehingga menyebabkan plumula keluar dan menembus keluar dari kulit bijinya dan keluar ke permukaan tanah sedangkan kotiledan masih berada di dalam tanah.

 

M4: Pembiakan Tumbuh-Tumbuhan

Pembiakan tumbuhan amat penting dalam memastikan kelangsungan sepsis bagi mengelakkan kepupusan. Pembiakan juga berfungsi dalam memastikan penambahan spesis bagi tujuan mencantikkan landskap dan tujuan keusahawanan. Pembiakan terbahagi kepada 2 iaitu:

  1. Pembiakan Seksual
  2. Pembiakan Aseksual

Pembiakan seksual adalah melibatkan gamit jantan (stamen) dan gamit betina (pistil) yang akan menghasilkan embrio dalam bentuk biji benih atau buah-buahan. Pembiakan aseksual merupakan kaedah pembiakan yang melibatkan bahagian pokok seperti biji benih, dahan, atau daun.

Tajuk kita pada hari ini adalah Pembiakan Aseksual – Keratan Batang

Keratan Batang

Keratan batang merupakan kaedah pembiakan yang menggunakan kaedah menanam semula dahan yang telah dipotong. Bahagian dahan terbahagi kepada 3 iaitu:

Document_2

Kaedah menanam juga berbeza dari segi bahagian:

  1. Bahagian Lembut
    1. Meninggalkan kesemua daun di dahan tanpa memotong daunnya.
    2. Hal ini kerana, ia memerlukan sumber makanan yang banyak kerana saluran phloem (saluran makanan) dalam saiz yang masih kecil.
  2. Bahagian Sederhana
    1. Memotong daun pada separuh dahan sahaja.
    2. Saluran ­­phloem bersaiz sederhana dan boleh memindahkan nutrient tanah ke dalam dahan.
  1. Bahagian Keras
    1. Membuang semua daun pada dahan.
    2. Saluran phloem bersaiz besar dan sangat mudah memindahkan nutrient tanah pada pokok.

Langkah-Langkah Penyediaan Tanaman

  1. Memilih dahan yang sesuai dan membuang daun jika perlu.
  2. Memotong hujung dahan yang ingin ditanam ke tanah dalam keadaan serong.
  3. Menyediakan medium tanaman ke dalam polibeg menggunakan tanah loam yang kaya dengan nutrient.
  4. Mencelup atau menyapu penggalak akar pada bahagian serong mengikut kategori yang betul.
    • Bahagian Lembut – Penggalak Akar No 1
    • Bahagian Sederhana – Penggalak Akar No 2
    • Bahagian Keras – Penggalak Akar No 3
  5. Membuat lubang pada tanah di dalam polibeg.
  6. Meletakkan dahan tersebut ke dalam lubang dan menimbus dahan tersebut.
  7. Menyiram sedikit air pada polibeg.

Penyediaan Tanah Loam

Menggunakan nisbah yang betul seperti 3:2:1 , 2:1:1 , 7:2:1

sediammediumsemai