Hari ini merupakan kelas pertama untuk subjek SPPL 1212-01-Pembiakan dan Pengurusan Ladang yang dibimbing oleh Dr.Husna serta tenaga pengajar yang lain.

Untuk permulaan kelas pada hari ini, kami didedahkan dengan pengenalan tentang subjek ini serta aktiviti yang akan dijanlakkan sepanjang semester ini berlangsung. Setiap pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 2 orang ahli dan diberikan 1 lot tanah untuk membuat batas yang berukuran 10’x5’ kaki dan akan memulakan aktiviti penanaman berdasarkan tugasan yang akan diberikan oleh tenaga pengajar pada setiap minggu.
Aktiviti yang dijalankan pada minggu ini :-

- Memilih lot tanah
- Mengukur saiz batas (10’x5’ kaki)
- Mengukur lebar diantara satu batas dengan batas yang lain.
- Menggembur tanah untuk membuat batas petak.
- Mengecat kayu penghadang batas.
| BIL | AKTIVITI | HURAIAN | MASALAH |
| 1. | Memilih lot tanah | Kumpulan Azra dan Intan : Batas no 3
Kumpulan Amir dan Qila : Batas no 4 |
Struktur tanah yang tinggi.
Tanah yang kering dan mempunyai banyak batu. |


| BIL | AKTIVITI | HURAIAN | MASALAH |
| 2. | Mengukur saiz batas | Mengukur saiz batas dengan menggunakan pita pengkur yang bersaiz 10 kaki panjang dan 5 kaki lebar.
Cacakkan kayu sebagai penanda untuk ukuran yang telah diukur tadi. Tali rapia diikat di setiap penjuru kayu yang telah dicacakkan agar memudahkan proses membuat batas. |
Proses mengukur agak lambat kerana pita pengkur tidak mencukupi. |
| 3. | Mengukur lebar diantara satu batas dengan batas yang lain. | Ukuran diantara batas adalah 2 kaki. | Tiada masalah |


| BIL | AKTIVITI | HURAIAN | MASALAH |
| 4. | Menggembur tanah untuk membuat batas petak. | Menggembur tanah dengan menggunakan cangkul dan mesin penggembur tanah.
Kebaikkan utama bagi menggunakan batas petak adalah :-
|
Tidak mempunyai pengalaman untuk menggunakan mesin penggembur tetapi kami belajar dengan orang yang berpengalaman.
Tanah yang mempunyai banyak batu sukar untuk digembur. Kerja menjadi lambat kerana kami perlu mengasingkan tanah dan rumpai dari batas. |
| BIL | AKTIVITI | HURAIAN | MASALAH |
| 5. | Mengecat kayu penghadang batas. | Kayu penghadang untuk membuat batas perlulah dicatkan dengan cat minyak supaya kayu tahan lebih lama. | |
| 6. | Menanam kayu penghadang batas ke dalam tanah. | Kayu penghadang perlu ditanam kan supaya lebih kukuh dan selari dengan batas kumpulan sebelah. | Kumpulan intan dan azra : Tanah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan qila. Jadi kami perlu mengorek tanah dengan lebih dalam supaya kedudukannya sama rata dengan kumpulan qila dan amir. |