Pada minggu ini, kami diminta untuk membuat semaian tanah bagi memudahkan membuat semaian benih pada minggu seterusnya. Semaian tanah boleh dilakukan dengan dua cara iaitu semaian pada polybag dan semaian terus pada tanah. Beberapa kelebihan dan kekurangan antara dua cara tersebut ialah
Semaian polybag
Kelebihan
- Proses yang singkat dan mudah dengan menaburkan biji getah di dalam polybag.
- Mobiliti iaitu polybag tersebut mudah diangkat dan disusun mengikut kesesuaian
- Menjimatkan ruang kerana polybag boleh disusun rapat di antara satu sama lain dan rapat-rapat.
- Jumlah semaian yang diperoleh lebih banyak.
Kekurangan
- Tempoh matang yang lebih panjang
- Semaian lambat membesar dan tumbesaran tidak sekata kerana persaingan cahaya matahari.
- Polybag akan reput dan koyak jika mengambil tempoh yang lama.
- Proses pemindahan pokok menjadi sukar kerana pokok sangat rapat antara satu sama lain.
Semaian Tanah
Kelebihan
- Biji benih ditanam mengikut jarak yang ditetapkan bagi pembesaran pokok yang seimbang.
- Tempoh matang yang lebih cepat
- Anak pokok tumbuh lebih besar daripada pokok di dalam polybag kerana pancaran matahari yang cukup.
- Pokok yang tumbuh akan menjadi kemas kerana mengikut ukuran yang telah ditetapkan.
Kekurangan
- Mencabut anak pokok tertentu menjadi sukar kerana memerlukan tenaga yang banyak kerana akar telah menjalar dan sebagainya.
Proses Membuat Semaian Tanah
1. Mengambil baja organik mengikut saiz besar pasu bunga dan ditaburkan di atas batas.

2. Batas diratakan semula mengikut separuh ketinggian penghadang.

3. Seterusnya, kami menggaulkan tanah sedia ada bersama baja organik serta topsoil sehingga sebati dengan jarak ketinggian yang telah ditetapkan.

Semaian Tanah

Tanah yang telah digaul bersama tanah asal, baja dan top soil sehingga rata mengikut ketinggian yang bersesuaian
Permasalahan Dan Penambahbaikan Sepanjang Menyemai Tanah
| Permasalahan | Penambahbaikan |
| Terdapat rumpai dan batu yang terdapat dikawasan batas setelah digaul kerana rumpai tersembunyi dibahagian bawah | Menggunakan pencangkar dan pongkes untuk membuang rumpai dan batu di kawasan batas |
| Tanah yang telah diratakan mampat selepas hujan | Tanah tersebut digaul semula supaya tidak mampat |