Amali 1: Keadaan Tanah

Menentukan tekstur tanah melalui cara medan

Bahan dan alatan : Sample tanah dan air

Langkah – langkah

  1. Lebih kurang 20 g sampel tanah (atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2 3 cm) telah diambil.
  2. Sampel dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.
  3. Tanah tersebut dibentukkan menjadi bentuk bebola, reben, rod atau gelang.

Adakah kaedah ini tepat?

  • Kaedah ini kurang mendapat ketepatan kerana campuran air yang banyak pada beberapa jenis tanah akan memberikan hasil pemerhatian yang berbeza.

Mengapakah kaedah ini digunakan ?

  • Kaedah ini digunakan untuk melihat tekstur tanah pada batas masing-masing. Kaedah ini mudah digunakan kerana tidak perlu mengambil masa yang lama dan hanya perlu melakukan pemerhatian.

Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan

BAHAN DAN ALATAN: Sampel tanah dan balang gas

LANGKAH-LANGKAH:

  1. 40 hingga 50 g tanah dimasukkan ke dalam balang gas.
  2. Air diisi ke dalam balang gas sehingga tiga perempat penuh.
  3. Mulut balang gas ditutup dengan penutup dan digoncangkan campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.
  4. Balang gas diletakkan di atas meja semalaman (24 jam) tanpa
  5. Ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap diukur dan dicatatkan dalam jadual
  6. Peratusan pisahan tanah dihitung.
  7. Kelas Tekstur Tanah ditentukan dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.

1.png

Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah

BAHAN DAN ALATAN: Sample Tanah setiap batas, air suling, bikar kacca, corong tras, gentian kaca.

LANGKAH-LANGKAH:

  1. Sampel-sampel tanah dikeringkan selama 2 hingga 3 hari dengan meletakkan sampel tanah di atas kertas bersih di satu sudut makmal.
  2. Radas dipasang seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Langkah Keselamatan: Awas, jangan ambil gentian kaca dengan jari!
  3. Setiap sampel tanah disukat 50 ml air suling dengan menggunakan silinder penyukat dan isikan ke dalam bikar 100 ml..
  4. Dalam masa yang sama, 50 ml air suling dituangkan ke dalam setiap radas dan isl padu ditentukan
  5. Keputusan dan pemerhatian dicatatkan dalam jadual yang berikut.