Amali 1: Keadaan Tanah

Menentukan tekstur tanah melalui cara medan

Bahan dan alatan : Sample tanah dan air

Langkah – langkah

  1. Lebih kurang 20 g sampel tanah (atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2 3 cm) telah diambil.
  2. Sampel dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.
  3. Tanah tersebut dibentukkan menjadi bentuk bebola, reben, rod atau gelang.

Adakah kaedah ini tepat?

  • Kaedah ini kurang mendapat ketepatan kerana campuran air yang banyak pada beberapa jenis tanah akan memberikan hasil pemerhatian yang berbeza.

Mengapakah kaedah ini digunakan ?

  • Kaedah ini digunakan untuk melihat tekstur tanah pada batas masing-masing. Kaedah ini mudah digunakan kerana tidak perlu mengambil masa yang lama dan hanya perlu melakukan pemerhatian.

Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan

BAHAN DAN ALATAN: Sampel tanah dan balang gas

LANGKAH-LANGKAH:

  1. 40 hingga 50 g tanah dimasukkan ke dalam balang gas.
  2. Air diisi ke dalam balang gas sehingga tiga perempat penuh.
  3. Mulut balang gas ditutup dengan penutup dan digoncangkan campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.
  4. Balang gas diletakkan di atas meja semalaman (24 jam) tanpa
  5. Ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap diukur dan dicatatkan dalam jadual
  6. Peratusan pisahan tanah dihitung.
  7. Kelas Tekstur Tanah ditentukan dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.

1.png

Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah

BAHAN DAN ALATAN: Sample Tanah setiap batas, air suling, bikar kacca, corong tras, gentian kaca.

LANGKAH-LANGKAH:

  1. Sampel-sampel tanah dikeringkan selama 2 hingga 3 hari dengan meletakkan sampel tanah di atas kertas bersih di satu sudut makmal.
  2. Radas dipasang seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Langkah Keselamatan: Awas, jangan ambil gentian kaca dengan jari!
  3. Setiap sampel tanah disukat 50 ml air suling dengan menggunakan silinder penyukat dan isikan ke dalam bikar 100 ml..
  4. Dalam masa yang sama, 50 ml air suling dituangkan ke dalam setiap radas dan isl padu ditentukan
  5. Keputusan dan pemerhatian dicatatkan dalam jadual yang berikut.

M3: Menyemai Biji Benih

Aktiviti :

Pada minggu ini kami telah didemostrasikan oleh Pn. Salina tentang cara untuk melakukan proses pembenihan. Proses pembenihan yang dilakukan untuk batas kami ialah  secara alur. Setiap 1 z benih batas mempunyai 4 alur. Benih yang kami perolehi ialah benih bayam merah dan sawi Saiz benih bayam adalah lebih kecil berbanding saiz biji benih sawi.

Langkah kerja

Proses Langkah Gambar
Pembenihan Pn salina telah membuat demostrasi cara penanaman benih secara alur. Terdapat 4 alr untuk setiap batas. 2 daripadanya ialah bayam merah dan 2 daripadanya ialah sawi.

Penjarangan biji benih perlu dilakukan dengan cara mencampurkan biji benih bersama pasir putih dengan kadar nisbah 1:10. Penjarangan biji benih ini penting supaya biji benih tidak tumbuh terlalu rapat dan menyebabkan persaingan antara pokok dan menyebabkan pokok terbantut.

Selepas biji benih dicampurkan bersama pasir biji benih ditabur di setiap alur yang telah dibuat . Pastikan alur yang dibuat tidak terlalu dalam supaya benih lebih mudah untuk tumbuh dan mendapatkan cahaya matahari

Kambus alur yang telah diletakkan biji benih secara sedikit sahaja supaya apabila hujan biji benih tidak keluar daripada alur.

1

2

Sungkupan Proses ini adalah untuk memberi teduhan kepada benih yang baru tumbuh. Sungkupan dilakukan dengan cara meletakkan jaring di atas batas dengan jarak 5 cm daripada permukaan tanah batas. 3
Penyiraman Benih yang baru ditanam sangat memerlukan air untuk hidup. Oleh itu kami telah membuat jadual penyiraman batas iaitu 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Penyiraman batas adalah mengikut giliran yang telah ditetapkan. 4

 

M2: Menaikkan Batas

Pada minggu ini, kami diminta untuk membuat semaian tanah bagi memudahkan membuat semaian benih pada minggu seterusnya.  Semaian tanah boleh dilakukan dengan dua cara iaitu semaian pada polybag dan semaian terus pada tanah. Beberapa kelebihan dan kekurangan antara dua cara tersebut ialah

Semaian polybag

Kelebihan

  1. Proses yang singkat dan mudah dengan menaburkan biji getah di dalam polybag.
  2. Mobiliti iaitu polybag tersebut mudah diangkat dan disusun mengikut kesesuaian
  3. Menjimatkan ruang kerana polybag boleh disusun rapat di antara satu sama lain dan rapat-rapat.
  4. Jumlah semaian yang diperoleh lebih banyak.

Kekurangan

  1. Tempoh matang yang lebih panjang
  2. Semaian lambat membesar dan tumbesaran tidak sekata kerana persaingan cahaya matahari.
  3. Polybag akan reput dan koyak jika mengambil tempoh yang lama.
  4. Proses pemindahan pokok menjadi sukar kerana pokok sangat rapat antara satu sama lain.

 

Semaian Tanah

Kelebihan

  1. Biji benih ditanam mengikut jarak yang ditetapkan bagi pembesaran pokok yang seimbang.
  2. Tempoh matang yang lebih cepat
  3. Anak pokok tumbuh lebih besar daripada pokok di dalam polybag kerana pancaran matahari yang cukup.
  4. Pokok yang tumbuh akan menjadi kemas kerana mengikut ukuran yang telah ditetapkan.

Kekurangan

  1. Mencabut anak pokok tertentu menjadi sukar kerana memerlukan tenaga yang banyak kerana akar telah menjalar dan sebagainya.

Proses Membuat Semaian Tanah

1.  Mengambil baja organik mengikut saiz besar pasu bunga dan ditaburkan di atas batas.

4.jpg     5.jpg

2.  Batas diratakan semula mengikut separuh ketinggian penghadang.

3.jpg

3.  Seterusnya, kami menggaulkan tanah sedia ada bersama baja organik serta topsoil sehingga sebati dengan jarak ketinggian yang telah ditetapkan.

2.jpg

 

Semaian Tanah

1.jpg

Tanah yang telah digaul bersama tanah asal, baja dan top soil sehingga rata mengikut ketinggian yang bersesuaian

Permasalahan Dan Penambahbaikan Sepanjang Menyemai Tanah

Permasalahan Penambahbaikan
Terdapat rumpai dan batu yang terdapat dikawasan batas setelah digaul kerana rumpai tersembunyi dibahagian bawah Menggunakan pencangkar dan pongkes untuk membuang rumpai dan batu di kawasan batas
Tanah yang telah diratakan mampat selepas hujan Tanah tersebut digaul semula supaya tidak mampat

 

M1: Menggembur batas

Hari ini merupakan kelas pertama untuk subjek SPPL 1212-01-Pembiakan dan Pengurusan Ladang yang dibimbing oleh Dr.Husna serta tenaga pengajar yang lain.

whatsapp-image-2018-09-10-at-12-01-03-pm.jpeg

Untuk permulaan kelas pada hari ini, kami didedahkan dengan pengenalan tentang subjek ini serta aktiviti yang akan dijanlakkan sepanjang semester ini berlangsung. Setiap pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 2 orang ahli dan diberikan 1 lot tanah untuk membuat batas yang berukuran 10’x5’ kaki dan akan memulakan aktiviti penanaman berdasarkan tugasan yang akan diberikan oleh tenaga pengajar pada setiap minggu.

Aktiviti yang dijalankan pada minggu ini :-

Minggu 1 02.jpg

  1. Memilih lot tanah
  2. Mengukur saiz batas (10’x5’ kaki)
  3. Mengukur lebar diantara satu batas dengan batas yang lain.
  4. Menggembur tanah untuk membuat batas petak.
  5. Mengecat kayu penghadang batas.
BIL AKTIVITI HURAIAN MASALAH
1. Memilih lot tanah Kumpulan Azra dan Intan : Batas no 3

Kumpulan Amir dan Qila : Batas no 4

Struktur tanah yang tinggi.

Tanah yang kering dan mempunyai banyak batu.

WhatsApp Image 2018-09-10 at 12.01.05 PM.jpeg

WhatsApp Image 2018-09-10 at 12.01.15 PM.jpeg

BIL AKTIVITI HURAIAN MASALAH
2. Mengukur saiz batas Mengukur saiz batas dengan menggunakan pita pengkur yang bersaiz 10 kaki panjang dan 5 kaki lebar.

Cacakkan kayu sebagai penanda untuk ukuran yang telah diukur tadi.

Tali rapia diikat di setiap penjuru kayu yang telah dicacakkan agar memudahkan proses membuat batas.

Proses mengukur agak lambat kerana pita pengkur tidak mencukupi.
3. Mengukur lebar diantara satu batas dengan batas yang lain. Ukuran diantara batas adalah 2 kaki. Tiada masalah

WhatsApp Image 2018-09-15 at 8.14.50 PM.jpeg

WhatsApp Image 2018-09-15 at 8.14.50 PM (1).jpeg

BIL AKTIVITI HURAIAN MASALAH
4. Menggembur tanah untuk membuat batas petak. Menggembur tanah dengan menggunakan cangkul dan mesin penggembur tanah.

Kebaikkan utama bagi menggunakan batas petak adalah :-

  1. Senang untuk mengatasi masalah rumput yang suka menjalar masuk ke dalam batas tanaman.
  2. Mudah untuk membaja.
  3. Kemas dan tersusun.
  4. Mampu menghasilkan banyak sayur.
Tidak mempunyai pengalaman untuk menggunakan mesin penggembur tetapi kami belajar dengan orang yang berpengalaman.

Tanah yang mempunyai banyak batu sukar untuk digembur. Kerja menjadi lambat kerana kami perlu mengasingkan tanah dan rumpai dari batas.

BIL AKTIVITI HURAIAN MASALAH
5. Mengecat kayu penghadang batas. Kayu penghadang untuk membuat batas perlulah dicatkan dengan cat minyak supaya kayu tahan lebih lama.
6. Menanam kayu penghadang batas ke dalam tanah. Kayu penghadang perlu ditanam kan supaya lebih kukuh dan selari dengan batas kumpulan sebelah. Kumpulan intan dan azra : Tanah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan qila. Jadi kami perlu mengorek tanah dengan lebih dalam supaya kedudukannya sama rata dengan kumpulan qila dan amir.