Aktiviti :
Pada minggu ini kami telah didemostrasikan oleh Pn. Salina tentang cara untuk melakukan proses pembenihan. Proses pembenihan yang dilakukan untuk batas kami ialah secara alur. Setiap 1 z benih batas mempunyai 4 alur. Benih yang kami perolehi ialah benih bayam merah dan sawi Saiz benih bayam adalah lebih kecil berbanding saiz biji benih sawi.
Langkah kerja
| Proses | Langkah | Gambar |
| Pembenihan | Pn salina telah membuat demostrasi cara penanaman benih secara alur. Terdapat 4 alr untuk setiap batas. 2 daripadanya ialah bayam merah dan 2 daripadanya ialah sawi.
Penjarangan biji benih perlu dilakukan dengan cara mencampurkan biji benih bersama pasir putih dengan kadar nisbah 1:10. Penjarangan biji benih ini penting supaya biji benih tidak tumbuh terlalu rapat dan menyebabkan persaingan antara pokok dan menyebabkan pokok terbantut. Selepas biji benih dicampurkan bersama pasir biji benih ditabur di setiap alur yang telah dibuat . Pastikan alur yang dibuat tidak terlalu dalam supaya benih lebih mudah untuk tumbuh dan mendapatkan cahaya matahari Kambus alur yang telah diletakkan biji benih secara sedikit sahaja supaya apabila hujan biji benih tidak keluar daripada alur. |
|
| Sungkupan | Proses ini adalah untuk memberi teduhan kepada benih yang baru tumbuh. Sungkupan dilakukan dengan cara meletakkan jaring di atas batas dengan jarak 5 cm daripada permukaan tanah batas. | ![]() |
| Penyiraman | Benih yang baru ditanam sangat memerlukan air untuk hidup. Oleh itu kami telah membuat jadual penyiraman batas iaitu 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Penyiraman batas adalah mengikut giliran yang telah ditetapkan. | ![]() |


