M4: Pembiakan Tumbuh-Tumbuhan

Pembiakan tumbuhan amat penting dalam memastikan kelangsungan sepsis bagi mengelakkan kepupusan. Pembiakan juga berfungsi dalam memastikan penambahan spesis bagi tujuan mencantikkan landskap dan tujuan keusahawanan. Pembiakan terbahagi kepada 2 iaitu:

  1. Pembiakan Seksual
  2. Pembiakan Aseksual

Pembiakan seksual adalah melibatkan gamit jantan (stamen) dan gamit betina (pistil) yang akan menghasilkan embrio dalam bentuk biji benih atau buah-buahan. Pembiakan aseksual merupakan kaedah pembiakan yang melibatkan bahagian pokok seperti biji benih, dahan, atau daun.

Tajuk kita pada hari ini adalah Pembiakan Aseksual – Keratan Batang

Keratan Batang

Keratan batang merupakan kaedah pembiakan yang menggunakan kaedah menanam semula dahan yang telah dipotong. Bahagian dahan terbahagi kepada 3 iaitu:

Document_2

Kaedah menanam juga berbeza dari segi bahagian:

  1. Bahagian Lembut
    1. Meninggalkan kesemua daun di dahan tanpa memotong daunnya.
    2. Hal ini kerana, ia memerlukan sumber makanan yang banyak kerana saluran phloem (saluran makanan) dalam saiz yang masih kecil.
  2. Bahagian Sederhana
    1. Memotong daun pada separuh dahan sahaja.
    2. Saluran ­­phloem bersaiz sederhana dan boleh memindahkan nutrient tanah ke dalam dahan.
  1. Bahagian Keras
    1. Membuang semua daun pada dahan.
    2. Saluran phloem bersaiz besar dan sangat mudah memindahkan nutrient tanah pada pokok.

Langkah-Langkah Penyediaan Tanaman

  1. Memilih dahan yang sesuai dan membuang daun jika perlu.
  2. Memotong hujung dahan yang ingin ditanam ke tanah dalam keadaan serong.
  3. Menyediakan medium tanaman ke dalam polibeg menggunakan tanah loam yang kaya dengan nutrient.
  4. Mencelup atau menyapu penggalak akar pada bahagian serong mengikut kategori yang betul.
    • Bahagian Lembut – Penggalak Akar No 1
    • Bahagian Sederhana – Penggalak Akar No 2
    • Bahagian Keras – Penggalak Akar No 3
  5. Membuat lubang pada tanah di dalam polibeg.
  6. Meletakkan dahan tersebut ke dalam lubang dan menimbus dahan tersebut.
  7. Menyiram sedikit air pada polibeg.

Penyediaan Tanah Loam

Menggunakan nisbah yang betul seperti 3:2:1 , 2:1:1 , 7:2:1

sediammediumsemai