Biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Dalam biji benih, terdapat embrio yang berkembang. Selain itu, biji benih mengandungi simpanan makanan bagi embrio yang dilitupi oleh lapisan keras yang dipanggil TESTA (kulit biji benih). Bahagian yang berbeza pada biji benih, dan ada fungsi yang tersendiri:
Kulit Biji
- Testa – melindungi biji benih
- Hilum – tempat biji benih melekat pada buah
- Mikropil – bukaan yang membenarkan air dan udara masuk Embrio
- Plumul – bahagian embrio yang membesar menjadi pucuk
- Radikel – bahagian embrio yang membesar menjadi akar
- Kotiledon – menyimpan dan membekalkan makanan untuk biji benih
Biji benih akan bercambah jika mempunyai keadaan yang sesuai, iaitu mempunyai air, udara dan suhu yang sesuai. Boleh tengok video di bawah bagi menguji keadaan tersebut, sama ada diperlukan atau tidak di dalam proses percambahan biji benih.

Perbezaan diantara pertumbuhan Epigeal dan Hippogeal
| Epigeal | Hipogeal |
| Hipokotil tumbuh memanjang yang mengakibatkan kotilidan dan plumula sampai keluar ke permukaan tanah sehingga kotiledon naik ke atas tanah.
|
Pertumbuhan memanjang dari epikotil sehingga menyebabkan plumula keluar dan menembus keluar dari kulit bijinya dan keluar ke permukaan tanah sedangkan kotiledan masih berada di dalam tanah.
|