| TARIKH | : 08 Oktober 2018 |
| MASA | : 9.00 am -12.00 pm |
| TEMPAT | : Makmal Tisu Kultur, N30 UTM |
| TAJUK | : Keperluan percambahan |
Keperluan Percambahan
Tujuan : Menentukan keadaan-keadaan yang membolehkan percambahan biji benih.
Hipotesis: Biji benih memerlukan air,udara dan suhu yang sesuai untuk bercambah.
Analisis:
- Mengapakah air dalam radas C dididihkan?
Membuang udara yang telah menjadi wap ketika air mendidih
- Apakah faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah?
Tiada udara dan tiada air serta persaingan sementara keperluan yang diberikan sedikit
- Apakah kesimpulan yang boleh anda buat mengenai ujikaji ini.
Biji benih akan bercambah jika keperluan bagi semua pesaing mencukupi daripada segi keperluan suhu, oksigen, air dan cahaya. Biji benih bersaing untuk mendapatkan nutrienn secukupnya bagi memastikan percambahan berjaya.
Keadaan Yang Diperlukan Bagi Percambahan Biji Benih
Tujuan : Mengkaji keadaan yang diperlukan dalam percambahan biji benih.
Hipotesis: Benih bercambah jika air,udara dan suhu yang sesuai.
Analisis:
| Bil | Tabung uji | Kehadiran ` | Pemerhatian percambahan biji benih (bercambah / tidak bercambah) | |||
| Air | cahaya | Udara | Suhu yang sesuai | |||
| 1. | A | / | / | / | / | 3 biji benih bercambah |
| 2. | B | X | / | / | / | 1 biji benih bercambah |
| 3. | C | / | / | X | / | 3 biji benih tak bercambah |
| 4. | D | / | X | / | X | 3 biji benih tak bercambah |
| 5. | E | / | X | / | / | 1 biji bercambah |
Percambahan epigeal dan hipogeal.
Tujuan : Mengkaji keadaan yang diperlukan dalam percambahan biji benih.
Hipotesis: Benih bercambah jika air,udara dan suhu yang sesuai.
Analisis:
| Bil | Hari | Kacang tanah | Jagung | ||
| Panjang radikal (akar) | Panjang plumul
(pucuk) |
Panjang radikal
(cm) |
Panjang plumul (cm) | ||
| 1. | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 |
| 2. | 2 | 0.3 | 0.5 | 0.5 | 0.4 |
| 3. | 3 | 0.5 | 1.2 | 1.0 | 0.8 |
| 4. | 4 | 1.0 | 1.5 | 1.3 | 1.5 |
| 5. | 5 | 1.5 | 2.0 | 1.5 | 2.0 |
| 6. | 6 | 2.0 | 2.7 | 2.2 | 2.5 |
Kesimpulan
Biji benih akan bercambah jika mempunyai keadaan yang sesuai, iaitu mempunyai cahaya, air, udara dan suhu yang sesuai. Keadaan percambah juga memainkan peranan seperti kadar penyiraman dan tempat letaknya biji benih kerana terdapat beberapa set biji benih kami tidak tumbuh.