Pada minggu ini kami telah menjalankan aktiviti pembahagian dan belahan bagi tanaman tertentu seperti
- Pokok Spider Lily
- Lidah Mak Mertua
- Pandan
- Pokok Melati
- Pokok Phycus.
Pokok Spider Lily dibuat secara bebawang, Lidah Mak Mertua secara keratan daun, Pandan secara rumpun dan Pokok Phycus dan Pokok Melati bagi cantuman baji.
Penyediaan bahan dan alatan
- Pasu
- Tanah
- Plastik aiskrim
- Gunting
- Pisau
- Laboratory Film
Cara tanaman
- Pokok Spider Lily

- Memotong bahagian bebawang kepada empat atau enam bahagian
- Bebawang dibenamkan sepenuhnya kedalam bahagian tanah yang telah diletakkan di dalam pasu.
- Lidah Mak Mertua

- Memotong lidah mak mertua secara menegak.
- Mencelupkan bahagian bawah lidah mak mertua dengan penjalar akar
- Menanamkan belahan yang baru pada pasu yang mempunyai tanah.
- Pandan

- Pandan di ambil pada bahagian yang asal mempunyai akar yang tebal dank eras.
- Daun pandan dibuang sehingga bersih dan mengambil bahagian batang yang keras dan menegak.
- Pandan ditanam pada tanah.
- Pokok Phycus dan Melati

- Pokok Phycus di ambil bahagian yang menegak dan tidak bengkok dan dipotong serong pada bahagian hujung batang.
- Pokok phycus dicantumkan pada pokok melati yang telah dipotong oleh pasangan kumpulan masing-masing.
- Membelah dua batang pokok melati 2 hingga 3 centimeter secara tengah dan tidak bengkok.
- Bahagian batang yang dipotong serong pada Pokok Phycus dimasukkan ke dalam batang yang dibelah dua pada pokok melati. Dengan menggunakan laboratory film, bahan yang dimasukkan antara satu sama lain dililit sehingga ketat.
- Plastik aiskrim disarungkan kedalam pokok yang baru sahaja dibuat cantuman baji dan diikat.